Straits Times melaporkan, ibu bapa Julen yang sedang menyiapkan makan tengah hari hanya menyedari kejadian tersebut apabila terdengar tangisan kanak-kanak malang itu daripada lubang berkenaan dan kemudian, sepi.

Kesunyian daripada lubang berkenaan telah menimbulkan tanda tanya kepada 46 juta rakyat di negara ini tentang bagaimana pasukan penyelamat boleh mencapai kanak-kanak itu atau adakah mereka sudah terlambat.

Pada Isnin lalu, pihak berkuasa menurunkan robot kecil ke dalam lubang berkenaan dan menemui beg yang mengandungi gula-gula dan cawan plastik yang dipegang Julen sebelum terjatuh namun tidak menjumpai kelibat atau bunyi daripada kanak-kanak tersebut. -AGENSI