Mail Online melaporkan, gambar yang menyentuh hati memaparkan seorang kanak-kanak perempuan ti­dak berkasut dan bermuka comot sedang mengulang kaji pelajaran itu diambil oleh seorang lelaki dikenali sebagai James Co.

Dia kemudian memuat naik gambar berkenaan ke dalam akuan Facebooknya dan disiarkan di dalam surat khabar tempatan, sudah menerima like lebih 12,000 kali.

Daripada temuramah yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan, mereka dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Cielo Gonzales.

Cielo ketika ditemui sedang bersama kakaknya, Jenalyn yang turut tidak berkasut dan bermuka comot duduk di atas lipatan kotak kadbod sambil menelaah pelajaran.

Cielo kemudian menunjukkan bu­ku yang dipegangnya yang merupakan buku latih tubi matematik kepada wartawan akhbar berke­naan.

Sehingga kini tiada maklumat lanjut tentang kanak-kanak ber­ke­naan.

“Saya sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak kecil ini untuk belajar. Saya berha­rap seseorang dapat menghulurkan bantuan bagi membolehkan dia meneruskan pelajaran atau diletakkan di dalam satu yayasan,” komen seorang pengguna laman sosial.