Portal berita ABC melaporkan, biasanya tempoh pembelajaran di sekolah tinggi adalah selama enam tahun namun Laurent Simons berjaya menamatkan pengajiannya dalam tempoh masa satu setengah tahun sahaja.

Menurut ibu bapanya, Simons yang mempunyai tahap kecerdasan intelek atau IQ setinggi 145 merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dalam masa terdekat.

Kanak-kanak itu memaklumkan bahawa subjek kegemaran­nya adalah matematik dan bercita-cita menjadi angkasawan, pakar bedah atau bekerja dalam bidang berkaitan komputer.

Namun begitu, Simons tidak akan mendapat gelaran pekerja pertama paling muda di dunia dalam bidang komputer memandangkan seorang remaja dari Kanada, Tanmay Bakshi, sudah pun bekerja di syarikat pembekalan pelayan sistem komputer untuk sistem teknologi maklumat, IBM ketika berusia 13 tahun.

Pada tahun lalu, remaja tersebut berjaya menarik minat lebih 20,000 pengguna internet menerusi saluran Youtubenya yang menunjukkan kaedah untuk me­lakukan proses pengekodan.

Selain itu, seorang artis muda dari Australia, Aelita Andre juga meraih kejayaan pada usia semuda 11 tahun menerusi lukisan se­ninya yang boleh dijual sehingga AS$50,000 (RM202,024).