BBC yang memetik laporan majalah Forbes sebagai berkata, Ryan yang mewujudkan saluran Ryan ToysReview memperoleh pendapatan sebanyak AS$22 juta (RM91.7 juta) sepanjang tahun lalu.

Ini menjadikan Ryan muncul sebagai penerima bayaran ter­tinggi YouTube selepas berada di tempat kelapan, tahun lalu.

Pendapatan Ryan, tidak termasuk cukai dan bayaran kepada ejen serta peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Ketika ditanya oleh saluran televisyen NBC mengapa kanak-kanak suka melihat videonya, Ryan menjawab: “Kerana saya menghiburkan dan kelakar.”

Sejak salurannya diwujudkan oleh ibu bapanya pada Mac 2015, sebanyak 26 bilion tontonan telah dicatat dan Ryan kini mempunyai 17.3 juta pengikut di laman tersebut.

Menurut Forbes, AS$1 juta (RM4.1 juta) daripada pendapatan keseluruhannya diperoleh menerusi iklan dan selebihnya menerusi tajaan pelbagai pihak.

Ogos lalu, Walmart mula menjual pelbagai barangan eks­klusif milik Ryan seperti pakaian dan patung permainan dikenali sebagai Ryan’s World.

Hasil jualan barangan eks­klusif milik Ryan bersama Walmart itu akan meningkatkan lagi jumlah pendapatannya pada tahun hadapan.

Namun, 15 peratus daripada jumlah pendapatannya akan dimasukkan ke dalam bank akaun, yang hanya boleh diakses ketika Ryan sudah dewasa.