Lapor BBC.com, Rao turut memenangi AS$25,000 (RM105,587) dalam pertandingan Discovery Education 3M Young Scientist Chal­lenge.

Rao dipilih daripada 10 peserta akhir yang menghabiskan tiga bu­lan kerjasama dengan para saintis untuk mengembangkan idea mereka.

Kanak-kanak itu menggunakan tiub nano karbon untuk mengesan kehadiran plumbum dalam air.

Menurut Business Insider, cip­taan Rao itu mendapat ilham da­ri­pada skandal membabitkan para pegawai yang didakwa atas tuduhan membunuh kerana pen­ce­maran air pada 2014-2015.

Diberi nama Tethys, sensor pada peranti tersebut yang di­sam­bungkan ke aplikasi mudah alih pada telefon pintar, mampu memberikan hasil atau analisis lebih tepat serta berkos rendah.

Beribu-ribu sistem air di ne­ga­­ra itu dilaporkan dicemari plumbum.

Tambah Rao, dia mahu mempertingkatkan lagi keupayaan pe­ranti terbabit supaya dapat dipasarkan di luar negara.