KEMUSNAHAN teruk akibat taufan Irma di pulau Tortola, Kepulauan British Virgin baru-baru ini. - AFP

Gabenor kepulauan berkenaan, Gus Jaspert berkata, seramai 28,000 penduduk terjejas ekoran taufan sejak dilaporkan hingga hari ini.

Britain menghantar pesawat pengangkut tentera C-17 bersama-sama 50 anggota dan bantuan kemanusiaan, menuju ke Barbados dan Kepulauan British Virgin sebelum ke Carribean.

Selain itu, kapal laut tentera Britain yang berada berhampiran turut menawarkan bantuan. - AFP