Kumpulan Pemantau Anti-Penyeludupan (ATMG) memberitahu, pendekatan kerajaan negara ini tidak sekata dalam menangani isu penyeludupan kanak-kanak dan mangsa di bawah umur yang kekurangan penjagaaan pakar, ketika jumlah mangsa tertinggi pernah dicatat didedahkan baru-baru ini.

Di negara ini seramai 2,118 kanak-kanak yang disyaki telah diseludup, kebanyakan terpe­rangkap dalam sindiket eksploitasi seksual, perhambaan domestik atau buruh paksa, telah dirujuk kepada kerajaan pada tahun lalu dan meningkat sehingga 66 peratus pada 2016 iaitu jumlah ter­tinggi.

Kira-kira sepertiga yang terlibat adalah rakyat negara ini, kebanyakan digunakan sebagai keldai dadah sementara beratus-ratus lagi diseludup dari negara seperti Vietnam, Sudan, Eritrea, Afghanistan dan Iraq.

Pada minggu kerajaan Britain mengumumkan skim bernilai dua juta pound (RM10.7 juta) untuk membantu pihak berkuasa bagi melindungi kanak-kanak daripada diseludup dan kumpulan penjenayah yang merogol dan memaksa mangsa membawa dadah dari bandar ke kawasan luar bandar.

Namun kata ATMG, kerajaan lazimnya akan menumpukan usa­ha membantu kanak-kanak yang dieksploitasi berbanding pencegahan manakala kumpulan profesional seperti doktor, guru dan pekerja sosial kekurangan latihan untuk mengesan kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya itu.

Pegawai polis Catherine Baker dari Pertubuhan Tamatkan Penyeludupan dan Pelacuran Kanak-kanak (ECPAT) berkata, berban­ding mangsa dewasa, kanak-kanak yang diseludup tidak mempunyai jaminan sokongan kumpulan pakar sebaik sahaja dikenal pasti dan ramai yang dihantar ke pusat kebajikan pihak berkuasa tempatan akan berakhir menghadapi bahaya baharu.

“Kanak-kanak sering hilang atau diseludup semula ketika dalam jagaan dan ini menunjukkan kegagalan untuk melindungi mangsa daripada terus diancam bahaya.

Britain yang sebelum dilaung-laungkan sebagai pemimpin global anti perhambaan, memaklumkan pada bulan lalu akan mengkaji semula undang-undang 2015 yang tidak digunakan sepenuhnya untuk memenjarakan penyeludup, membantu mangsa atau menggalak syarikat mengesan dan menghentikan buruh paksa.

Negara ini mempunyai seku­rang-kurangnya 136,000 hamba moden yang disifatkan kumpulan hak asasi Australia, Yayasan Walk Free sebagai angka yang 10 kali lebih tinggi yang dijangka kerajaan ini pada 2013. – Reuters