Hunt berkata, kesemua firma terbabit dilihat mengambil sikap menutup sebelah mata berhubung kesan penggunaan media sosial terhadap golongan muda terutamanya kanak-kanak.

Menurut syarikat Google di United Kingdom (UK), mereka komited melindungi kanak-kanak dan telah memperkenalkan ciri khas bagi membantu ibu bapa menetapkan had penggunaan masa skrin pada peranti pintar.

Tambah Hunt, pihaknya memberi tempoh masa sehingga akhir bulan ini kepada firma-firma berkenaan untuk hadir dengan langkah-langkah mencegah jenayah buli siber dan mengawal jumlah masa yang diperuntukkan oleh golongan muda ketika melayari media sosial. - REUTERS