Lapor Mail Online, sumber ber­kenaan mendedahkan kepada TMZ bahawa Pitt begitu marah dengan perbuatan Jolie yang sengaja memutarbelitkan cerita kepada media.

Tambah sumber itu, Pitt mendakwa Jolie sengaja mencetuskan sensasi kerana seluruh keluarga kini menjadi sasaran golongan paparazzi.

“Sejak beberapa hari lalu, Pitt telah berbincang dengan Jolie dan mahu Jolie menangani perceraian tersebut seperti ‘orang dewasa’.

“Pitt berkata dia mahu perce­raian itu disorokkan untuk ke­baikan anak-anak, malangnya Jo­lie menuduhnya sebagai seorang bapa yang berisiko di hadapan media,” dakwa sumber tersebut.

Dalam perkembangan sama, menurut seorang lagi sumber yang rapat dengan pasangan berkenaan mendakwa, Jolie sebenarnya menfailkan perceraian kerana cemburu melihat kemesraan antara Pitt dan aktres, Marion Cottilard di set penggambaran filem terbaharu Pitt, Allied.

“Jolie enggan bercakap dengan Cottilard di set penggambaran dan apabila Cottilard cuba bercakap dengannya, Jolie memandang ke arah lain,” kata sumber berkenaan.

Pasangan tersebut berkahwin dua tahun lalu di Perancis dan mempu­nyai enam orang anak iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh serta pasangan kembar, Vivienne dan Knox.