Penyelamat pengawal pantai turut berjaya menyelamatkan enam orang pelarian yang lain manakala seorang lagi masih hilang.

“Mayat merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan seorang budak lelaki yang tidak dapat dikenal pasti umurnya bersama-sama mangsa lain,” kata pegawai polis enggan dikenali kepada AFP.

Kira-kira 2,900 pelarian telah mati atau hilang di Laut Mediterranean sejak awal tahun ini berbanding 1,900 orang pada tempoh sama tahun lalu. - AFP