Perkara itu disahkan Menteri Pertahanannya, Dragan Mektic yang pada masa sama menyalahkan Kesatuan Eropah (EU) atas kegagalan menyelesaikan krisis tersebut.

“Kami menjangkakan masalah kebanjiran pendatang asing akan meruncing, bukan sahaja di Bosnia tetapi di wilayah-wilayah yang menjadi laluan mereka masuk ke Eropah,” katanya.

Mektic berkata, Sejumlah 25, 000 pendatang asing yang datang dari Asia Barat, Afrika Utara dan Asia berpusu-pusu melalui kawasan pergunungan dengan harapan untuk masuk ke Eropah menerusi Croatia.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 22,000 orang berjaya merentasi Bosnia manakala beberapa ribu yang lain masih berada di negara tersebut.-AFP