Geldof mendakwa, Suu Kyi bersubahat terhadap `penghapusan etnik’ penduduk Islam Rohingya di Myanmar.

Pengasas `Live Aid’ itu berkata, pemimpin berkenaan adalah `dayang kepada pembunuhan beramai-ramai’ yang mempunyai hubungan dengan ibu negara Ireland dan `memalukan kami semua’.

Dalam kenyataannya, Geldof berkata akan memulangkan anugerah itu kepada pihak berkuasa Dublin pagi ini.

Penyanyi itu menyifatkan dirinya sebagai individu yang `bangga dengan Dublin’ dan tidak mahu menyimpan anugerah berkenaan selagi Suu Kyi masih memilikinya. - AP