STOCKHOLM 13 Okt.- Pemuzik lagenda Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan dipilih sebagai pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan bagi tahun 2016.
Dylan merupakan artis pertama yang berjaya menerima pengiktirafan tersebut dalam keputusan yang mengejutkan ramai pemerhati anugerah berprestij itu.
Menurut Akademi Sweden, ikon muzik berusia 75 tahun itu diberi penghormatan kerana telah mencipta ungkapan puitis baharu dalam tradisi lagu di AS. - AFP