Sze Hian berkata, tujuan saman tersebut bagi menggunakan proses perundangan untuk ‘memberikan’ kebebasan ekspresi di Singapura.

Terdahulu Hsien Loong menyaman blogger itu berikutan fitnah setelah berkongsi artikel menghubungkan pemimpin itu dengan skandal rasuah dilaman Facebook.

Singapura telah lama dikritik disebabkan menyekat kebebasan bersuara dan hak politik lain dengan saman fitnah bersama tuntutan wang yang besar.

Pemerhati melihat kerajaan meningkatkan sasaran kepada pengkritik online yang mana kes Sze Hian dibawa selepas seorang editor portal berita juga didakwa dalam bulan ini. - AFP