Penulis tersebut, Alexander Be­lenkiy meluangkan masa selama tiga hari sepanjang kembaranya semata-mata mahu melihat kehidupan sebenar penduduk di negara yang diperintah oleh komunis itu.

“Saya berpeluang melihat kawasan yang paling terpencil di Korea Utara serta merakam beberapa keping gambar menarik. Hanya sebilangan kecil orang asing yang pernah melawat tempat-tempat ini.

“Adakah perbuatan ini berbahaya? Ya, sudah tentu. Tapi berbaloi. Memandangkan kawasan ini merupakan sempadan antarabangsa, saya mungkin akan ditangkap dan didakwa sebagai pengintip,” kata Belenkiy seperti yang dilaporkan oleh portal Daily Mail.

Belenkiy memulakan perjalanannya dari Dandong, wilayah Liaoning di tenggara China sebelum menuju ke bahagian utara di pintu masuk sempadan Korea Utara.

Kata lelaki itu, sepanjang perjalanan, dia melihat beberapa buah menara kawalan dibina setiap 300 meter untuk memantau aktiviti penduduk, kanak-kanak menjadi buruh serta penduduk miskin yang sedang membasuh pakaian di sungai.

Belenkiy memberitahu, dia juga melihat kepulan-kepulan asap kilang yang berbahaya khususnya kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran.

“Basikal merupakan pengangkutan utama di Korea Utara dan sepanjang tiga hari berada di sini, saya hanya melihat tiga kende-raan sahaja. Itupun bukan kereta yang membawa penumpang.

“Ada juga kereta api, tetapi pengangkutan itu cuma meng-hubungkan beberapa kawasan tertentu dalam negara ini manakala jalan-jalan di sini pula kebanyakannya kotor dan tiada kenderaan awam,” ujarnya.

Belenkiy turut berkongsi detik-detik yang hampir mencemaskan apabila mendakwa perbuatannya merakam gambar telah disedari oleh penduduk setempat.

“Mereka kemudiannya membakar rumput kering untuk membuat asap bagi menghalang saya daripada terus mengambil gambar,” katanya.