Lebih aneh lagi, mereka melakukan tindakan tersebut tanpa memberitahu atau meminta kerjasama kerajaan Malaysia. Bagi Awang, DoJ tidak jujur dan ikhlas dalam soal ini. Awang cen­derung percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah satu konspirasi dan sudah pasti mempunyai kaitan dengan individu-individu tertentu di negara ini.

Oleh itu Awang berharap pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini dan tidak membiarkan mana-mana pihak di Malaysia menjadi ‘tali barut’ kepada DoJ.

Kalaupun sudah kehabisan modal untuk menjatuhkan kerajaan, gunakanlah cara lain. Janganlah menjemput campur tangan asing dalam hal ehwal negara kita kerana sebaik mana pun pihak berkenaan mereka pasti mempunyai agenda tersendiri.

AWANG – Boleh agak siapa dalang.