Rubina yang berusia 10 tahun berkata, dia telah pun terikat dengan beberapa projek bernilai lebih AS$145,000 (RM483.720) dan keluarganya tidak lama lagi akan berpindah dari kediaman mereka di kawasan sesak dan kotor ke apartmen baru yang dibiayai oleh tabung amanah yang tubuhkan oleh pengarah Danny Boyle.

Rubina dan seorang lagi pelakon kanak-kanak lelaki yang membintangi filem Slumdog, Azharuddin Mohammed Ismail, 11, ditawarkan berlakon dalam filem Lord Owen's Lady, sebuah filem komedi romantik terbitan Dragons Productions (Wales) Ltd., menurut pengerusi Martin Pannell.

Pannell berkata, setiap seorang daripada mereka akan dibayar sebanyak AS$1,626 (RM5,424) setiap hari kira-kira selama 20 hari pengambaran di Dubai dan Wales.

Katanya, perbincangan sedang diteruskan bersama pelakon Anthony Hopkis untuk memainkan watak ayah kepada Lord Owen, pewaris berperwatakan semberono yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita India.

Rubina turut menerima sebanyak AS$32,515 (RM108,470) hasil penerbitan buku tentang autobiografinya pada Jun lalu dan memperolehi sekurang-kurangnya sebanyak AS$81,287 (RM271,173) sebagai royalti menjelang April ini, menurut Philippe Robine, penerbit France's Oh! Editions yang mengeluarkan buku tersebut.

Random House yang mengeluarkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris sebagai Slumgirl Dreaming telah diterjemahkan kepada 14 bahasa.

Robinet berkata, sehingga kini kira-kira 100,000 salinan buku itu telah dijual di seluruh dunia. - AP