Antara nama bintang besar yang turut membuang undi di sebuah sekolah di kawasan mewah Bandra West di utara Mumbai adalah pelakon utama dan pengarah Aamir Khan, isterinya Kiran Rao dan pelakon lelaki tampan, John Abraham, Rishi Kapoor, Datuk Shah Rukh Khan dan beberapa lagi.

"Sebagai rakyat India adalah menjadi tanggungjawab kita untuk keluar mengundi," kata Khan, pelakon filem blockbuster Ghajini yang merupakan filem berbahasa Hindi paling tinggi kutipannya.

"Kita harus memilih wakil-wakil yang baik... yang tidak akan memecah belahkan negara. Kita harus memilih wakil yang bersih dan jujur dalam politik," katanya.

Abraham pula menyeru diwujudkan kerajaan yang stabil dan mengingatkan pengundi-pengundi di negara demokrasi terbesar dunia ini bahawa mereka boleh membawa perubahan. Mumbai kini melalui fasa ketiga pilihan raya daripada lima fasa selama sebulan itu.

"Selepas serangan militan di Mumbai pada 26 November tahun lalu, anda telah melihat kuasa demokrasi, rakyat terlalu marah terhadap kerajaan. Ketua Menteri Maharashtra terpaksa meletakkan jawatan, kata Abraham.

"Itulah kuasa demokrasi, "Dostana" (Persahabatan) kata bintang filem itu, yang mengesa agar pengundi muda untuk keluar mengundi. - AFP