Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bina jambatan guna bantuan dron

DRON digunakan pekerja pembinaan sebuah jambatan bagi membawa
DRON digunakan pekerja pembinaan sebuah jambatan bagi membawa kabel ke bahagian struktur itu di seberang sungai. SUMBER MAIL ONLINE

BEIJING 8 April – Pekerja yang membina sebuah jambatan di wilayah Sichuan, China mempunyai cara inovatif untuk mempercepatkan proses penyiapannya apabila dron digunakan untuk menghubungkan kabel pada dua struktur yang dipisahkan oleh sebatang sungai, dekat sini.

Mail Online melaporkan, berdasarkan klip video pembinaan Jambatan Xingkang sepanjang 1.4 kilometer, sebuah dron terbang merentasi Sungai Dadu sambil membawa sebatang kabel keluli ke sebuah lagi menara struktur itu di seberang sungai.

Penggunaan dron itu ternyata 100 kali ganda lebih berkesan berbanding kaedah tradisional seperti penggunaan bot dan helikopter sekali gus mengurangkan kos pemasangan kabel terbabit kepada 80 peratus.

Dron yang mempunyai enam bilah kipas hanya mengambil masa tiga minit untuk menyeberangi sungai berkenaan sambil membawa kabel seberat tiga kilogram berkenaan sebelum dipasang pada struktur jambatan tersebut.

Jambatan yang melibatkan kos pembinaan 1 bilion yuan (RM644 juta) dibina di atas sebuah lembah di pinggir Dataran Tinggi Tibet di wilayah Sichuan, barat daya China.

Sementara itu, ketua kejurute­raan jambatan itu, Tang Zhongbo berkata, penggunaan dron menjimatkan masa yang banyak bagi mereka.

Malah, dron itu memudahkan pekerja mendaratkan kabel ber­kenaan dengan lebih tepat berban­ding kaedah lain.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain