Memetik laporan Nzherald, Bieber, 25, meluahkan keinginannya itu menerusi satu kenyataan dalam Twitter.

“Saya mencabar Tom Cruise untuk bertarung dengan saya di octagon.

“Tom jika anda tidak menyahut cabaran ini, anda penakut. Siapa sanggup sahut cabaran ini?,” tulisnya.

Cruise setakat ini tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap perkara berkenaan.

Bagaimanapun bintang UFC, Conor McGregor berkata beliau sedia menjadi penganjur perlawanan tersebut.

“Jika Tom Cruise berani menyahut cabaran ini, McGregor Sports and Entertainment bersedia menganjurkannya,” tulisnya di Twitter.-AGENSI