Penggunting rambut yang didapati melanggar arahan tersebut bakal dikenakan denda berjumlah AS$480 (RM1,943).

Pengerusi kesatuan berkenaan, Shekhar Chandra Sheel memberitahu tindakan tersebut dilaksanakan atas arahan ketua polis tempatan.

“Beliau mengarahkan agar gaya rambut dari barat tidak menjadi ikutan kerana dikhuatiri akan merosakkan generasi muda di negara ini,” katanya.-AFP