Beruang 409 mendapat 7,000 likes setelah undian pertandingan itu ditutup pada minggu lalu.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Taman Negara dan Pemuliharaan Katmai itu memilih beruang 409 berdasarkan pemerhatian orang ramai melalui gambar yang dimuat naik di Facebook taman negara itu.

Secara dasarnya, ramai yang melihat gambar beruang 747 lebih besar tetapi lebih ramai pengguna Facebook tertarik dengan kisah latar belakang beruang 409.

Beruang 409 disifatkan lebih layak menang kerana kisahnya yang merupakan ibu tunggal yang cuba mengharungi kehidupan di alam semula jadi.

Haiwan itu akan makan dengan banyak sebelum tiba musim sejuk bagi membolehkannya berhibernasi apabila tiba musim bunga kelak. – UPI