Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di sini awal pagi ini, menurut pejabat media, Punto e Virgola menerusi emel.

Bertolucci yang terpaksa menggunakan kerusi roda sejak beberapa tahun lalu pernah menerima anugerah kehormat Palme d’Or semasa Festival Filem Cannes 2011 sebagai menghargai kerja-kerjanya dalam bidang perfileman.

Beliau yang disifatkan `gergasi’ dunia wayang merupakan satu-satunya warga Itali yang pernah memenangi anugerah filem terbaik pada 1988 untuk filem `The Last Emperor’.

Filem berkenaan yang berkisar tentang Maharaja China terakhir menggondol sembilan oskar. - AFP