"Saya berdiri di sini hari ini untuk mengetengahkan (jenayah) kebencian dan keengganan kita untuk memeranginya.

"Sebagai pemimpin, kita mempunyai tanggungjawab melakukan sesuatu," katanya di Parlimen.

Beliau menyeru dunia untuk bersama-sama dengan Kanada dalam perjuangan itu.

"Umat Islam, Kristian, Yahudi, kulit hitam, putih, kita semua, kita mesti melawan jenayah kebencian ini sebagai satu pasukan," tegasnya.

Penegasan beliau itu dilontarkan di sebalik 'perdebatan' hangat mengenai ketaksuban agama dan perkauman di Amerika Syarikat (AS).

Presiden Donald Trump sebelum ini menolak apa yang berlaku di New Zealand sebagai peningkatan pengaruh ketuanan kulit putih.

Malah Trump tidak melihat insiden yang mengorbankan 50 orang itu mampu mencetuskan kebangkitan pelampau kulit putih secara global. - AFP