Pengerusi Jabatan Berlian Sotheby, Patti Wong berkata, berlian putih berbentuk bulat itu seberat 102 karat dan lebih kecil berban­ding berlian bujur 118 karat yang dijual di Hong Kong pada 2013.

“Berlian berbentuk bujur yang dijual di Hong Kong sebelum ini mencatat harga AS$260,000 (RM1.02 juta) bagi satu karat dan memegang rekod dunia menjadi satu-satunya berlian yang harganya dinilai berdasarkan karat.

“Namun, berlian putih yang berasal Bostwana dan lebih kecil ini juga dijangka mampu meraih nilai lelongan yang tinggi,” katanya.

Berlian yang dipamerkan di bilik pameran Sotheby itu juga disifatkan berlian berpotongan bulat dan mempunyai berat melebihi 100 karat paling sempurna pernah ditemukan.

Berlian ‘Pink Star’ paling mahal dijual iaitu mencecah harga AS$71 juta (RM278.3 juta) dalam acara lelongan anjuran Sotheby di Hong Kong pada tahun lalu. – REUTERS