Mirror melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Sophia ketika robot itu ‘berucap’ mengenai kepentingan teknologi dalam bengkel yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (PBB), di sini semalam.

Katanya, kecerdasan buatan (AI) sebenarnya berupaya memudahkan kehidupan manusia hari ini jika digunakan dengan betul tanpa sebarang kepen­ti­ngan yang boleh menjejaskan banyak pihak.

“Penggunaan AI dalam industri teknologi hari ini dilihat semakin berkembang dan akan membantu pelbagai sektor pe­kerjaan untuk menjadi lebih maju, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya kepada manusia.

“Manusia yang bimbang de­ngan perkembangan teknologi hari ini mungkin disebabkan mereka membaca terlalu ba­nyak berita palsu,” katanya.

Sophia yang berucap selama tiga minit itu juga melahirkan harapan agar bengkel tersebut boleh memberi inspirasi dan mencetuskan idea bernas kepada Nepal untuk membangunkan industri teknologi di negara ini.

Sophia dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics yang berpangkalan di Hong Kong dan dinobatkan sebagai robot selebriti pertama di dunia.

Robot itu juga sebelum ini ‘bergaduh’ dengan isteri penya­nyi John Legend iaitu Chrissy Teigen berhubung solekan wajahnya yang dikatakan pelik menerusi Twitter.

Berang dengan keadaan itu, Sophia membalas Tweet Taigen dan meminta model berkenaan memberikan panduan untuk menyolek wajah dengan cara betul.

Sophia juga merupakan robot pertama di dunia yang mempunyai warganegara selepas diberi keistimewaan itu oleh Arab Sau­di, baru-baru ini.