Twitter berkenaan ditulis: “[email protected]#RIPBritney 1981-2016. Britney Spears mening­gal dunia akibat kemalangan! Maklumat lanjut akan diberitahu tidak lama lagi #RIPBritney.”

Untuk itu, Sony Music segera memadamkan status tersebut dan memuat naik penjelasan ringkas.

“Akaun Twitter Sony Music Entertainment telah terjejas namun telah diperbetulkan. Sony Music memohon maaf kepada Britney dan peminatnya atas kekeliruan itu,” jelas syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Britney, Adam Leber membe­ritahu CNN bahawa penyanyi itu sihat dan dalam keadaan baik malah telah memuat naik gambar anak-anaknya semasa mela­kukan aktiviti luar.

“Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa ‘badut internet’ yang membuat kenyataan tentang kematian Britney namun tidak pernah sebelum ini kenya­taan itu dimuat naik dalam akaun Twitter Sony Music yang sebenar,” kata Leber.

Pada 2001, sebuah stesen radio Texas melaporkan Britney dan kekasihnya ketika itu, Justin Timberlake meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Pada Isnin lalu akaun Twitter penyanyi Bob Dylan turut digodam dengan status yang sama iaitu pada waktu ke­nyataan palsu Sony Music tersebar.– AFP