Bandar tersebut merupakan antara dua pusat utama operasi penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dan mengalami kerosakan teruk semasa tercetusnya pertempuran menyebabkan ramai penduduk meninggalkannya.

Tentera Bashar dan sekutunya mengambil alih Daraya selepas pengeboman dan pengepungan bertahun-tahun.

Ramai penduduk yang tidak mahu tinggal di bawah pemerintahan kerajaan meninggalkan bandar itu bersama-sama kumpulan penentang di bawah perjanjian penyerahan diri pada Ogos 2016.

Mereka berpindah ke wilayah utara manakala penduduk lain yang kini kembali ke Daraya telah dipindahkan ke kawasan kerajaan di sekitar Damsyik.

Penduduk yang kembali ke bandar berkenaan adalah kumpulan yang telah 'dibersihkan' daripada saki baki kumpulan penentang manakala perkhidmatan utama telah disambung’, lapor stesen televisyen kerajaan. - Reuters