Kedua-dua pemimpin, Maduro dan Presiden Interim yang diiktiraf lebih 50 negara, Juan Guaido telah meminta penyokong mereka turun ke jalanan di Caracas dan bandar lain.

Menurut Guaido, beliau menyeru rakyat Venezuela membuat kenyataan besar di jalanan terhadap rejim penyelewengan, tidak sah dan tidak berkemampuan yang membuat negara itu dalam kegelapan.

“Kita turun ke jalan dan kita tidak akan beredar sehingga mencapai matlamat,” katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Guaido cuba untuk memaksa Maduri berundur yang mana pilihan raya semula pada Mei lalu dikatakan tidah sah maka memerlukan pemilihan semula. - AFP