Sehingga kini, seramai 170 penunjuk perasaan dilaporkan tercedera, manakala 69 daripadanya sudah dibawa ke hospital.

Beratus-ratus penduduk Palestin dilaporkan mula berkumpul di kem bantahan, timur Gaza City awal hari ini.

Penganjur bantahan berkenaan merancang untuk cuba menerbangkan berpuluh layang-layang dan sesetengah daripada penunjuk perasaan membawa bom petrol.

Sementara itu, di tengah Gaza, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di timur kem pelarian Bureij.

Golongan remaja dilihat berada di sebalik kubu yang diperbuat daripada timbunan guni pasir.

Berpuluh-puluh tayar juga disediakan untuk dibakar dan digulingkan ke arah sempadan. - AFP/REUTERS