Terdapat hampir 250,000 pembantu rumah di Singapura kebanyakannya datang dari kawasan miskin di Indonesia atau Filipina, yang bekerja di negara pulau ini untuk mendapat gaji lebih tinggi berbanding di negara asal.

Indonesia kerap memba­n­tah tentang penyalahgunaan dan eksploitasi pembantu rumah warganya di Malaysia dan sebahagian negara dari Asia Barat, aduan tentang layanan diterima pembantu rumah di Singapura yang mempunyai peraturan ketara bukan sesuatu yang biasa.

Bagaimanapun, laporan tentang tawaran menjual pembantu Indonesia di republik ini secara dalam talian Carousell dengan pantas mendapat kritikan daripada kumpulan pejuang hak asasi.

Iklan di bawah nama pengguna maid.recruitment dilaporkan menawarkan perkhidmatan beberapa pembantu rumah dari Indonesia manakala sesete­ngah iklan menyatakan bilangan ‘pembantu rumah’ yang telah dijual.

Iklan yang siarkan di laman e-dagang, yang beroperasi di beberapa negara Asia kini sudah tiada lagi.

Wahyu Susilo, Pengarah Ekse­­kutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care berkata, pihaknya mengecam iklan tersebut dan menyeru pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

“Ini sangat tidak adil dan merendahkan martabat pekerja­ ­asing,” katanya kepada AFP.

Kementerian Buruh Singapura berkata, pihaknya menyedari tentang kes pembantu-pembantu rumah telah ‘dijual’ di Carousell yang beribu pejabat di Singapura, dan telah menghentikan penyiarannya dan melancarkan pe­nyiasatan.

“Pengiklanan (pekerja domestik asing) seperti komoditi tidak boleh diterima dan kesalahan” di bawah undang-undang tempatan, kata kenyataan kementerian itu sambil menambah, agensi pekerjaan boleh dibatal atau digantung lesen jika didapati bersalah. – AFP