Dalam sidang akhbar di Rumah Kerajaan lewat malam semalam, beliau berkata Putera Mahkota mahu masa untuk berkabung atas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej semalam.

“Putera Mahkota meminta diberi masa untuk menangani ke­sedihan dan menzahirkan kedukaan bersama rakyat di seluruh negara ketika ini,” kata beliau kepada media.

Putera Mahkota berusia 64 tahun itu berkata, Perdana Menteri telah menerima pelantikannya sebagai waris diraja yang dibuat sejak 1972.

Prayuth bercakap kepada media ketika Parlimen mengadakan sesi khas bertafakur selama sembilan minit sebagai tanda penghormatan kepada raja paling lama menduduki takhta di dunia.

Putera raja itu yang merupakan putera tunggal Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit, diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Dusit Pa­lace, Bangkok.

Baginda merupakan anakanda kedua daripada empat beradik hasil perkahwinan pasangan diraja itu.

Bakal Raja Thailand itu mene­rima pendidikan awal di Chitlada School sebelum dihantar ke Uni­ted Kingdom dan Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Baginda turut menjalani latihan ketenteraan di kolej berpres­tij Australia, Kolej Tentera Diraja di Duntroon.

Baginda bertugas sebagai pe­gawai dengan Tentera Diraja Thai sejak 1975 dan ber­khidmat sebagai pegawai di bawah Lemba­ga Pengarah Risikan Tentera sebelum dilantik mengetuai bata­lion Pe­ngawal Peribadi Raja pada 1978.

Putera Mahkota juga mengikuti latihan bersama angkatan tentera dari luar negara antaranya Amerika Syarikat, Britain dan Australia selain pernah menge­tuai operasi memerangi pemberontakan menentang komunis Thailand di utara dan timur laut negara ini di sam­ping operasi di sepanjang sempadan Kemboja semasa rejim Khmer Rouge.

Baginda juga adalah juru­ter­bang jet pejuang F-16 
Ten­­tera Udara Diraja Thai pesawat komersi­al.

Selain itu, Putera Mahkota juga terlibat dalam aktiviti sosial dan menubuhkan Hospital Putera Mahkota bagi manfaat penduduk Thailand yang tinggal di kawasan pedalaman.

Baginda juga mempunyai minat dalam sektor pertanian dan mempunyai klinik pertanian ber­gerak.

Projek itu memberi khidmat kepada petani supaya lebih efisien dari segi hasil ladang selain memberi nasihat pakar me­ngenai tumbuhan, ternakan, perikanan dan pembangunan tanah.

Namun begitu pelantikan ba­ginda sebagai Raja Thailand turut menimbulkan kebimbangan rakyat berikutan latar belakang­nya yang banyak dicemari dengan skandal.

Menurut Profesor Pavin Cha­chavalpongpun, tidak seperti ayah­andanya, Putera Mahkota itu tidak menunjukkan karisma atau komitmen terhadap rakyatnya dan masih belum popular dalam kalang­an penduduk Thailand.

“Putera Vajiralongkorn sejak dahulu lagi tidak menunjukkan minat terhadap politik dan hal ehwal pemerintahan diraja malah rakyat Thailand hanya mengetahui sedikit sahaja pandangannya terhadap politik atau wawasannya tentang masa depan takhta diraja,’’ katanya.

Wartawan Britain, Andrew McGregor Marshall yang banyak menulis tentang kehidupan keluarga diraja Thailand berkata, hampir semua rakyat Thailand tahu tentang kehidupan kontroversi Putera Mahkota itu.