Mail Online melaporkan, antara faktor yang menjurus ke arah itu ialah perkembangan budaya penghantaran barang secara dalam talian.

Menurut Tinjauan Perjalanan Kebangsaan yang menjalankan kajian tersebut, orang ramai secara puratanya berjalan kaki kurang empat kali dalam seminggu pada tahun 2015 berbanding hampir lima kali pada tahun 2005.

Kajian yang sama juga menunjukkan, jumlah pejalan kaki sebenarnya telah menurun secara konsisten sejak tahun 1994.

Penurunan itu dipercayai berpunca daripada budaya membeli-belah secara dalam talian (on-line) termasuk khidmat penghantaran makanan oleh pengusaha tempatan.

Dalam perkembangan lain, bu­daya berbasikal dalam kala­ngan penduduk di sini dilaporkan meningkat berbanding lebih sedekad yang lalu.

Bagaimanapun, kegiatan ber­basikal mereka secara keseluruhannya masih rendah jika diban­dingkan dengan berjalan kaki atau memandu kenderaan.

Sementara itu, kajian tersebut juga menyatakan secara puratanya, penduduk Britain berjalan kaki sebanyak 243 kali untuk perjalanan melebihi 300 kilometer pada tahun 2016.

Kira-kira 40 peratus penduduk dewasa pula berjalan kaki sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu manakala lapan lagi menunggang basikal untuk tempoh yang sama.

Secara puratanya, perjalanan tersebut adalah sejauh kira-kira 1.13 kilometer untuk tempoh purata selama 16 minit.