Menteri Kehakiman, Ferd Grapperhaus juga menjelaskan, siasatan bersama berhubung insiden berkenaan hampir selesai.

Pesawat terbabit membawa 298 penumpang, kebanyakan warga Belanda ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di wilayah yang dikuasai pemisah pro-Rusia.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) sebelum ini mengesahkan pesawat itu ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pada Mei tahun lalu, Belanda dan Australia mendakwa Rusia terlibat dalam tragedi itu.

“Bantuan nasihat undang-undang sedang diaturkan untuk keluarga mangsa yang mahu kes itu dibawa ke mahkamah.

“Laporan siasatan mengenai insiden itu akan dilengkapkan tahun depan,” jelas Grapperhaus dalam surat kepada Parlimen.

Media tempatan melaporkan, perbicaraan dijangka bermula dalam tempoh lima tahun akan datang di The Hague.

Dalam perkembangan lain, Foxnews yang memetik The West Australian melaporkan, serpihan pesawat yang ditemukan di kepulauan Madagascar pada Ogos lalu, kemungkinan besar milik pesawat MH370 yang hilang secara mis­ter­i pada 2014. – afp/agensi