Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Belanda bina pulau terapung

Atasi isu peningkatan paras air laut

Penyelidik Marin membina sebuah model pulau terapung berukuran
Penyelidik Marin membina sebuah model pulau terapung berukuran enam hingga lapan meter persegi, baru-baru ini. SUMBER MAIL ONLINE

AMSTERDAM 12 Julai - Para penyelidik Institut Penyelidikan Maritim Belanda (Marin) mendedahkan pelan untuk membina pulau terapung di seluruh dunia bagi mengatasi isu paras air laut yang semakin meningkat.

Lapor Mail Online, pulau ber­ke­naan bakal dibina daripada 87 bongkah segi tiga dengan pelbagai saiz dan diperbuat menggunakan konkrit serta keluli yang mempunyai keluasan sehingga tiga kilometer persegi.

“Sesetengah bandar telah mula mencari penyelesaian untuk terapung, seperti taman terapung di sungai, di mana mereka mahu mempunyai kawasan rekreasi di pusat bandar,” kata penyelidik Marin, Olaf Waals.

Tambah para penyelidik, pulau terapung tersebut akan menyediakan ruang untuk orang ramai bekerja dan tinggal.

“Ketika paras air laut mening­kat, membina tembok serta me­ngepam keluar pasir mungkin bukan penyelesaian terbaik.

“Pelabuhan dan bandar te­­r­apung merupakan penyelesaian inovatif yang mencerminkan tradisi maritim Belanda,” kata Waals.

Bagaimanapun, menurut para penyelidik, projek tersebut masih berada pada tahap awal.

“Secara teknikal, ia boleh dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang,” jelas Waals.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain