Bagaimanapun kehadiran serangga perosak itu tidak menjejaskan operasi penerbangan di lapangan terbang terbabit kerana belalang berkenaan hanya berada di kawasan tersebut buat sementara.

“Ya..., ada jutaan belalang sempat berada di lapangan terbang itu pada Sabtu lalu, namun tidak lama kerana serangga perosak terbabit segera terbang masuk ke kota,” kata Pegawai Daerah Sumba Timur, Gidion Mbiliyora, Isnin lalu.

Gidion menjelaskan, belalang perosak itu sudah menyerang sejumlah kawasan di Sumba Timur sejak tahun lalu.

Jelasnya, sebahagian besar belalang tersebut gemar berada di kawasan padang dan pokok-pokok besar.

“Namun hanya enam mukim yang kerap mengalami serangan belalang itu iaitudi Pahunga Lodu, Rindi, Umalulu, Kambata Mamambuhang, Pandawai dan Kambera,” jelasnya.

Gidion berkata, tanaman penduduk seperti padi dan jagung turut menjadi mangsa serangga itu, namun mereka bernasib baik kerana kebanyakan hasil sudah masak sehingga kesannya tidak begitu dirasai.

“Ketika ini, kita hanya mampu melakukan semburan untuk belalang kecil sahaja.

“Namun belalang ini sukar diramal kedudukannya kerana akan hinggap di mana-mana kawasan,” jelasnya,

Tambah Gidion, sebagai langkah kecemasan, pihaknya sudah memberikan beras sumbangan kerajaan sebanyak 100 tan. – KOMPAS.com