Mereka yang bekerja dalam keadaan tersebut akan mempunyai paras glukosa dan koleste­rol dalam darah yang tinggi.

Malah keadaan itu turut mem­pengaruhi tahap simpanan le­mak, meningkatkan tahap darah beku serta keradangan.

Tahap darah tinggi dan kolesterol lazimnya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung manakala darah beku boleh mengakibatkan halangan pada ar­teri dan paru-paru.

Kajian tersebut telah dilakukan terhadap 1,116 orang yang berusia antara 35 tahun sehingga 75 tahun yang tidak bekerja antara 2009 sehingga 2010.

Kajian susulan dilakukan terhadap individu yang sama dari 2010 sehingga 2012.

Mereka dijemput untuk menjalani penilaian kesihatan yang dikendalikan oleh jururawat termasuk membuat ujian darah.

Kesan tekanan kerja ditentukan melalui ujian tahap kolesterol, tekanan darah, kadar denyutan nadi dan kesihatan daripada pinggang ke punggung.

Kualiti kerja pula diukur me­la­lui pendapatan yang diper­­o­leh, keselamatan, kawalan dan ke­puasan serta kebimbangan.

Hasil kajian itu menunjukkan mereka yang pada awalnya tidak bekerja dan kemudian memperoleh pekerjaan berkualiti rendah mengalami tekanan yang membabitkan kesihatan masing-ma­sing.

Walau bagaimanapun kesihatan mental mereka yang tidak bekerja dan bekerja atau masih menganggur, tetap sama.

Hasil kajian itu telah diterbitkan oleh International Journal of Epidemilogy.