Wirapol Sukphol, pernah muncul dalam sebuah video di YouTube pada 2013 sambil memegang sejumlah wang tunai dalam pesawat peribadi, kembali ke Thailand tahun lalu selepas diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS).

Dia sebelum ini melarikan diri ke AS tetapi dihantar pulang selepas dituduh merogol gadis bawah umur dan menipu orang ramai yang mendermakan wang kepadanya untuk membina patung Buddha zamrud terbesar dunia.

Selain itu, Wirapol dituduh mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur sedekad lalu dan mempunyai seorang anak dengan mangsa.

Dia bakal dikenakan tambahan 20 tahun penjara jika didapati bersalah merogol gadis tersebut. - REUTERS