Lapor Mail Online, Villa Les Cedres terletak di South of France dan mempunyai keluasan sehingga 18,000 kaki persegi.

Rumah itu dilengkapi 14 buah bilik tidur dibina sejak 187 tahun lalu.

Selain itu, rumah tersebut mempunyai bilik ta­rian, kolam renang bersaiz Olimpik dan kandang kuda yang boleh memuatkan 30 ekor kuda.

Tambah menarik, terdapat 15,000 pokok dan 20 rumah hijau mengandungi tumbuh-tumbuhan tropika yang jarang ditemukan.

Leopold II membina rumah itu selepas membeli tanah di sepanjang pantai Saint-Je­an-Cap­-Fe­rrat dengan kekayaan yang didakwa merampas hak rakyat ­Congo.

Kini rumah itu dimiliki oleh Davide Campari-Milano SpA, yang merupakan syarikat minuman Campari dan Grand Marnier.

Selain itu, komposer Britain, Andrew Lloyd dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen turut tinggal di kawasan tersebut.