Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mengemukakan pertuduhan terhadap Ng Chong Hwa di Malaysia pada 1 November lalu dan membuka pertuduhan terhadap seorang lagi bekas jurubank berkenaan, Tim Leissner, yang telah pun mengaku bersalah dan bersetuju membayar AS$43.7 juta (RM182.2 juta) sebagai pemulangan wang yang diperoleh secara haram.

“Adalah sangat menyedihkan melihat dua bekas pekerja firma ini secara terang-terangan melanggar dasar kami dan undang-undang,” kata Solomon dalam temu bual bersama Bloomberg TV di Singapura. - REUTERS