Khaltmaa Battulga, 54, memenangi pilihan raya Presiden selepas memperoleh 50.7 peratus undi daripada 87 peratus undi yang telah dikira setakat ini, kata suruhanjaya pilihan raya.

Bekas penggusti terkenal itu ketika ini memiliki beberapa cabang perniagaan termasuk hotel, industri makanan serta sebuah taman hiburan bertemakan Genghis Khan.

“Mongolia telah menang. Saya akan mula bekerja bagi menangani masalah ekonomi yang melanda ketika ini selain memastikan Mongolia bebas daripada bebanan hutang seperti yang dijanjikan sebelum ini,” katanya seperti dilaporkan portal BBC.