Laport portal Bangkok Post, hujan dijangka berterusan di beberapa kawasan berkenaan sehingga Jumaat.

Di wilayah Nakhon Ratcha­sima, kira-kira 50 buah rumah ditenggelami air di daerah Thepharak, dengan paras air mencecah sehingga lima meter di beberapa kawasan.

Naib Presiden Organisasi Pen­tad­biran Nong Waeng di The­pharak, Seksan Wiwatsakulrat berkata, kira-kira 30 buah rumah di Ban Thai Samakkhi dinaiki air.

Situasi di Ban Thai Samakkhi disifatkan paling buruk dalam tempoh 38 tahun.

Dalam pada itu, di wilayah Lop Buri, arus deras air dari Nakhon Ratchasima mengalir ke Nong Ree, Lam Sonthi dan Sap Somboon di Lam Sonthi.

Selain itu, di Nong Ree, tanah runtuh menghalang laluan kereta api di timur laut di beberapa tempat di antara stesen Khokkli, Lop Buri dan stesen Chong Samran, wilayah Chaiyaphum.

Turut terjejas ialah wilayah Phitsanulok, apabila arus deras melanda Ban Nam Pad di daerah Noen Maprang.