Lapor Metro UK, bayi yang hanya sebesar telapak tangan itu lahir di Udaipur, barat India secara pramatang ketika berusia hanya 28 minggu dalam kandu­ngan.

Bayi berkenaan yang belum diberi nama hanya memiliki mata, paru-paru dan kulit yang belum berkembang menyebabkan badannya terlalu rapuh untuk dipegang atau disentuh.

Selain itu, dia juga menderita penyakit patent ductus arteriosus, dengan dua pembuluh darah utama pada jantung bersambung, menyebabkan bayi tersebut me­ngalami masalah pernafasan.

Namun, pada usia hanya dua minggu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan pembuluh darah ber­kenaan setelah ubat yang diberikan tidak memberi kesan kepada bayi berkenaan.

“Biasanya hubungan antara ar­teri masih ada lagi janin berada di dalam rahim ibunya. Arteri itu secara automatik akan terputus selepas dilahirkan.

“Jika tidak, keadaan itu perlu dirawat dengan ubat. Dalam kes ini, jika bayi itu tidak memberi sebarang tindak balas kepada ubat, pembedahan jantung adalah pilihan terakhir,” kata Dr. Sunil Jangid dari Geetanjali Medical College and Hospital.

Tambah Jangid, pembedahan itu merupakan paling sukar kerana bayi itu berada dalam keadaan sa­ngat lemah dan tidak boleh di­sentuh.