“Kami menyedari berita amat menyedihkan berhubung kematian seorang bayi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad pagi ini.

“Kami bersimpati dan takziah kepada keluarga tersebut,” kata Qatar Airways dalam kenyataan dikeluarkan.

Ibu bapa bayi tersebut menyedari anak mereka mengalami masalah pernafasan selepas pesawat itu mendarat dan terus menuju ke kaunter imigresen.

“Kami masih menunggu siasatan berhubung kejadian itu dan laporan rasmi daripada Qatar Airways serta hospital Apollo,” kata jurucakap lapangan terbang terbabit, Sangeetha C R. - AFP