Kematian Luciano Newman disahkan oleh polis Metropolitan.

Dalam insiden berkenaan, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh bayi tersebut dan ibunya, Nicole Newman, 23.

Nicole yang didakwa saksi tercampak enam meter di udara mati di tempat kejadian.

Sementara suaminya, Charlie Bianco-Ashley, 25, sempat mengelak dan dilaporkan selamat.

Dalam pada itu, pemandu terlibat direman bagi membantu siasatan.- AGENSI