Yoshiki Fujimoto ditemukan bersendirian oleh seorang sukarelawan warga emas, Haruo Obata, 78, dan dipercayai bergantung kepada air sungai untuk terus hidup.

Bayi itu didapati hilang pada pagi Ahad lalu ketika keluar berjalan bersama-sama datuk dan abangnya dan kes kehilangannnya mendapat liputan meluas media tempatan.

Pihak polis dan penduduk setempat berkerjasama meredah hutan untuk mencari bayi berkenaan.

``Saya menjerit memanggil namanya `Yo-Chan’ dan terdengar dia menjawab `ya, sini’ dan terus ternampak bayi ini,’’ kata Obata yang merupakan seorang pesara dan sering menjadi sukarelawan.

Katanya, ketika ditemukan bayi itu sedang duduk di atas batu dengan berkaki ayam dan menghadap sebuah lopak air.

``Pada mulanya saya sangkakan dia bukan manusia namun dia benar-benar di hadapan saya. Jantung saya hampir terhenti,’’ kata Obata. - AFP