MOSCOW 1 Jan. - Pasukan penyelamat menemukan seorang bayi berusia 10 bulan yang masih hidup dalam runtuhan blok pangsapuri yang sebahagiannya runtuh ekoran letupan gas hari ini.
Penemuan tersebut diperolehi daripada Pusat Operasi Kecemasan Tempatan yang dipetik oleh
Agensi Berita Tass.
Semalam, letupan yang berpunca daripada kebocoran gas merosakkan 48 unit pangsapuri di bandar industri Magnitogork yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang bersama 36 masih hilang. - REUTERS