Dalam wawancara bersama Channel News Asia, beliau juga berkata, apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan Batuan Tengah, ia tidak akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Komen itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang pertimbangkan untuk memperluaskan Batuan Tengah dan membangunkannya menjadi ‘pulau kecil’.

“Mungkin kita boleh meletakkan pengawal di situ tetapi bukan untuk kapal perang atau apa sahaja.

“Apa yang jelas, itu adalah kawasan kita dan kita boleh lakukan apa yang kita mahu tetapi bukan untuk tujuan ketenteraan,” ujar Mohamad Sabu.