Lelaki yang tidak mahu dikenali itu berkata, beliau tahu batu itu berada di dalam rumahnya sejak membeli rumah itu kira-kira 30 tahun lalu, namun tidak mengetahui objek itu bernilai tinggi.

Pemilik asal yang menjual rumah itu kepada lelaki berkenaan pernah bercerita bahawa batu itu ditemukan di ladangnya pada 1930-an.

Namun, ketika itu kedua-dua lelaki terbabit tidak mengetahui bahawa batu itu adalah meteor yang mempunyai nilai tinggi.

Setelah bertukar pemilik rumah, batu tersebut diletakkan di satu sudut pintu dan kadang-kala menjadi penyendal pintu.

Sehinggalah awal tahun ini, lelaki berkenaan terdengar khabar angin bahawa ramai sedang menjual batu meteor di sekitar kampungnya dan mempunyai harga yang mahal.

Lelaki itu kemudian membawa batu tersebut kepada seorang penyelidik di Fakulti Geologi Universiti Michigan, Mona Sirbescu untuk diuji.

Menurut Mona, sebaik sahaja melihat batu itu, beliau tahu bahawa objek tersebut sesuatu yang istimewa.

“Meteor ini adalah yang keenam terbesar pernah dijumpai di Michigan,” katanya.

Katanya, spesimen itu juga paling berharga dan bernilai tinggi dari segi saintifik dan kewangan yang pernah dilihatnya.

Pemilik batu tersebut bercadang untuk menjualnya dan Muzium Smithsonian menetapkan harganya AS$100,000 (RM415,500) untuk tujuan lelongan. – UPI