Para pengkaji percaya kesemua struktur batuan yang ditemukan itu berkemungkinan berusia 7,000 tahun tetapi larangan yang dikenakan oleh kerajaan negara ini sejak awal tahun 1950an merencatkan sebarang kajian lanjut dilakukan terhadapnya, kata Mail Online.

Pada Oktober lalu, Dr, David Kennedy dari Universiti Australia Barat telah dibenarkan mengkaji secara terperinci struktur-struktur batu misteri tersebut yang ditemukan di bekas tapak larva gunung berapi di wilayah Harrat Khaybar.

Kennedy telah menghabiskan masa hampir 20 tahun mengkaji struktur batu berkenaan yang dikenali dengan nama ‘Works of the Old Men’.

Sehingga kini, tiada penjelasan lanjut mengenai mengapa struktur batu-batu misteri tersebut mempunyai pelbagai bentuk termasuk bentuk seperti pagar, layang-layang, buah rantai dan lubang kunci serta mengapa ia dibina.

Dengan menggunakan Google Maps, Kennedy dan pakar arkeo­logi menanda beberapa kawasan untuk dikaji.

Mereka menggunakan sebuah helikopter dan terbang selama tiga hari untuk mengambil sebanyak 6,000 keping gambar di lebih 200 kawasan.

Hasil penelitiannya mendapati, aplikasi imej satelit yang disediakan oleh enjin carian internet Google seperti Google Earth me­nunjukkan peningkatan dari segi resolusi sekali gus membolehkan penyelidikan dilakukan.

Dalam pada itu, beberapa struktur binaan batu misteri tersebut didakwa mempunyai keluasan empat kali lebih besar daripada saiz padang bola sepak. Batu berbentuk pagar paling kecil diukur setinggi 13 meter bagaimana yang paling panjang pula direkodkan sepanjang 518 meter.

Para pakar berpendapat mungkin struktur-struktur batu berbentuk pagar itu berusia lebih lama berbanding larva gunung berapi yang ada.

Kesemua batu tersebut ditemukan menerusi pengesanan imej satelit dan kajian secara arkeologi masih belum dilakukan setakat ini.